Kej@m, mel3maskan tiga kucing dalam mesin basuh [VIDEO]

LULUH hati seorang wanita apabila melihat tiga kucing dibu nuh kej@m dengan ‘dilem@skan’ dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong.

Tindakan kej@m itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an kira-kira jam 5.30 pagi, hari ini.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata, kejadian disedari jam 9 pagi oleh seorang wanita berusia 30-an yang mahu menggunakan perkhidmatan di dobi itu.

“Sebaik membuka pintu mesin basuh, wanita itu terkejut sebaik melihat tiga ekor kucing mati dipercayai akibat lem@s.

“Wanita itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Ehsan, Kepong, hari ini supaya tindakan segera dapat diambil pihak berkuasa,” katanya kepada Harian Metro.

Arie berkata, pihaknya menggesa supaya tindakan segera diambil terutama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) supaya hukuman setimpal dapat dikenakan terhadap lelaki itu.

“Kita menggesa k3s ini dibuka mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015, memandangkan ia k3s berat kita berharap DVS dapat mengambil tind@kan segera.

“Berdasarkan akta ini, pesalah boleh dikenakan hu kuman denda RM20,000 hingga RM100,000 atau pen jara setahun hingga tiga tahun,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan pihaknya mendapati tiga kucing itu adalah kucing jalanan dan pihaknya turut menerima laporan daripada saksi kejadian itu.

Rakaman kamera litar tertutup kejadian itu tular di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki memasukkan tiga kucing ke dalam mesin basuh di kedai dobi berkenaan.

Tindakan kej@m lelaki itu menerima kec@man warganet yang mahu tin dakan segera diambil pihak berkua sa.

sumber: HM

Kejadian kali kedua itu berlaku berikutan pada 5 Disember tahun lalu seorang pekerja kontrak yang memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri dihu kum pen jara 34 bulan dan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang.