Kedah Menang Besar

Kedah memulakan kempen kelayakan AFC Champions League dengan cemerlang apabila menang besar 5-1 ke atas kelab Hong Kong, Tai Po FC di Stadium Darul Aman.

Tuan rumah mendahului menerusi Kipre Tchetche pada minit ke-22 sebelum menambah gol kedua pada minit ke-30.

Hadin Azman menjaringkan gol ketiga selepas hanya dua minit aksi separuh masa kedua. Hadin menambah gol keduanya pada minit ke-66.

Tai Po akhirnya menjaringkan gol pertama menerusi Chan Man Fai pada minit ke-68. Tchetche melengkapkan hatrik pada masa tambahan.

Dengan ini, Kedah layak ke pusingan play-off dan akan bertemu FC Seoul pada 28 Januari.