Kedah menambah der!ta skuad Tok Gajah

ALOR SETAR: Kedah layak ke saingan suku akhir Piala Malaysia selepas membenam Pahang 3-2 di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Babak permulaan berlangsung sengit dengan Kedah melalui peny3rangnya Kipre Tchetche hampir membolosi gawang Pahang menerusi percubaan minit ketujuh namun dihalang penjaga gol, Helmi Eliza.

Selepas melakukan beberapa percubaan bahaya termasuk daripada Kpah Sherman pada minit ke-12 yang gagal dimanfaatkan tuan tumah, Kedah mengejutkan Pahang hasil tandukan Shakir Hanzah pada minit ke-17 berpunca dari sepakan sudut Baddrol Bakhtiar.

Pahang cuba bangkit membu ru gol pada minit ke-23 apabila percubaan Ivan Carlos yang menolak bola ke arah Dickson Nwakeme namun gagal dimanfaatkan pemain kelahiran Nigeria itu.

Pahang terus tert3kan apabila Kedah menambah gol pada minit ke-35, sekali lagi melalui tandukan Sherman yang menerima hantaran cantik Tchetche dari sebelah kiri gawang pelawat.

Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Kedah menambah der!ta skuad Tok Gajah dengan gol ketiga melalui umpanan pemain sayap Faizat Ghazli kepada Tchetche yang disambut dengan remb@tan padu ke arah penjuru kiri.

Tiga minit selepas babak kedua bermula, Pahang mendapat gol pertama hasil tandukan Muslim Ahmad yang berjaya menewaskan Azri Ghani, berpunca dari sepakan percuma pemain tengah, Nor Azam Azih.

Pahang sekali lagi mendapat peluang keemasan apabila pengadil Muhammad Nazmi menghadiahkan sepakan penalti selepas pertahan Kedah, Renan Alves menarik baju Adam Michael namun sepakan Nwakaeme sekadar terkena tiang.

Pelawat akhirnya berjaya merapatkan jurang hasil sumbangan pemain gantian, Faizal Abdul Rani pada minit ke-88.