Kedah kehilangan lapan pemain tonggak

Kem Kedah yang ketika ini berada di Kemboja dikhabarkan sedang dilanda v1rus de mam dan menurut pengendali, Aidil Sharin Sahak yang telah dihubungi oleh Semuanya BOLA kelmarin, seramai lapan pemain sedang menerima rawatan akibat v1rus tersebut.

Empat pemain adalah tonggak pertahanan sementara bakinya adalah penye rang, pemain tengah dan juga penjaga gol. Sedikit sebanyak ia merencatkan perancangan Aidil Sharin ketika ini.

Namun, menurutnya, semua perancangan yang telah disusun di sana berjaya dilaksanakan walaupun ada sesetengahnya gagal mencapai keputusan 100 peratus akibat masa lah kesihatan.

Antara pemain yang mengalami de mam adalah Kpah Sherman, Khairul Helmi, Renan Alves, Shakir Hamzah, Zulkhairi Zulkeply, Amin Nazari, Aiman Afif dan penjaga gawang, Shahril Saa’ri.

“Betul, lapan pemain kita de mam dan suasana di sini agak kurang baik. V1rus itu mungkin bergerak,” jelasnya sambil menyatakan semua yang terlibat sudah mendapatkan rawatan sepatutnya dan keadaan mereka pada hari ini beransur baik berbanding semalam.

Semuanya BOLA sebelum itu melihat status Instagram penye rang baharu Kedah, Kpah Sherman yang menunjukkan dirinya de mam dan telah dikecualikan untuk aksi berdepan Angkor Tiger. Jelas, Aidil Sharin kehilangan sentuhan penye rang yang semakin serasi dengan rentak dan perancangan taktikal pasukan setakat ini.

Selepas mele dak hatrik berdepan Beoung Ket FC, Kpah Sherman terpaksa disisihkan dan tempatnya diambil alih oleh seorang lagi penye rang baharu Helang Merah, Kipre Tchetche, namun tiada sebarang jaringan mampu dihasilkan oleh penggantinya itu.

Mengakui penye rang skuad kebangsaan Liberia itu sangat cepat serasi dengan skuadnya, pengendali kelahiran Singapura itu juga berpuas hati dengan komitmen yang diserlahkannya ketika ini.

“Alhamdulillah, [Kpah] Sherman cepat serasi dengan pasukan dan semua pemain mudah bekerja dengannya,” jelas Aidil Sharin.

Begitupun, status kecergasan pemain itu serta tujuh lagi rakannya masih diragui untuk aksi terakhir di Kemboja dan barisan jurulatih akan melihat semula keadaan serta situasi mereka pada hari ini.

Malam ini, Kedah akan berdepan Phnom Penh Crown FC untuk aksi terakhir Kejohanan Pra-Musim 2020, Piala Smart RSN di Kemboja. Kedah telah merekodkan tiga menang dan satu kekalahan.

Kedah menang ke atas Angkor Tiger (1-0), Visakha FC (1-0) dan Beoung Ket FC (4-1) selain kalah 2-3 kepada Nagaworld FC.