Kedah jumpa musuh utama awal saingan Piala FA

Juara Piala FA musim lepas, Kedah akan mula mempertahankan trofi yang dimenangi mereka menentang juara Piala FA 2018, Pahang apabila dua pasukan itu diundi bertemu dalam pusingan kedua Shopee Piala FA 2020.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shahrul Samsudin berkata beliau melihat keputusan undian tersebut adalah satu cabaran sihat kepada skuad Helang Merah menjelang sa!ngan Liga Malaysia pada musim ini.

“Secara peribadi, keputusan undian menyaksikan Kedah menentang Pahang adalah satu perlawanan cukup bagus bagi kedua-dua pasukan. Umum mengetahui bahawa Pahang adalah salah satu pasukan gergasi negara.

“Saya melihat undian ini sudah pasti dinanti-nantikan penyokong di mana saya percaya satu perlawanan menarik dijangka berlaku dan Kedah sentiasa bersedia untuk memberikan persembahan terbaik bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya,” katanya ketika ditemui selepas tamat majlis undian itu.

Sumber : football-tribe