Kedah hilang tonggak utama

Esok, skuad Helang Merah akan melakukan penampilan pertama dalam sa!ngan Kelayakan AFC Champions League 2020 menentang kelab dari Hong Kong, Wofoo Tai Po FC di Stadium Darul Aman.

Bagaimanapun, mereka terpaksa beraksi tanpa khidmat tonggak pertahanan dari Singapura, Shakir Hamzah yang dig4ntung satu perlawanan ak!bat mengutip kad merah dalam sa!ngan AFC Cup 2018 ketika beraksi bersama Home United.

Pengendali pasukan Kedah, Aidil Shahrin Sahak mengakui tugas berat sedang menanti anak buahnya namun tidak begitu bimbang kerana mereka sudah melakukan persiapan rapi sejak jelajah pra musim di Kemboja minggu lalu.

“Shakir akan menjalani hukvman pengg4ntungan ak!bat kutip kad merah dalam sa!ngan AFC Cup 2018 bersama Home United. Tetapi saya tidak begitu bimbang kerana kami telah menguji barisan pemain ketika di aksi persahabatan di Kemboja,” katanya dalam Sidang Media.

Aidil turut berharap para penyokong Kedah dapat memenuhi stadium untuk memberikan sokongan padu serta menaikkan semangat pemain memburu tiket ke pusingan play-off menentang FC Seoul di Korea Selatan.

“Saya berharap para peminat akan memenuhi stadium dan menyokong kami. Ia adalah perlawanan peringkat Asia, jadi kita perlu menjadi lebih taj4m dan juga mengelakkan sebarang kesilapan mudah,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Tai Po FC, Davor Berber berkata mereka sedia melakukan k3jutan meskipun tidak pernah bertemu mana-mana pasukan dari Malaysia.

Berdasarkan rekod, Tai Po FC sebelum ini tewas berturut-turut semua 3 perlawanan Hong Kong Premier League dan 2 lagi adalah kekalahan dalam kejohanan Hong Kong Sapling Cup.

Jika data diambil berdasarkan perlawanan liga sahaja, Tai Po FC mencatatkan 3 kekalahan dari 5 perlawanan terakhir liga yang telah bermula sejak 30 Ogos 2019 lagi.

Melihat kepada kedudukan liga Hong Kong Premier League 2019-2020, Tai Po FC kini menghuni tangga ke 6 dari 10 pasukan bertanding, catat 2 kali kemenangan, 3 kali seri dan 3 kali kalah dengan memungut 9 mata.

“Pemain saya tidak akan terbuuru-buuru esok (Selasa). Sas4ran kami adalah untuk mencuba yang terbaik dan memenangi permainan.

“Kami telah melakukan kerja rumah dengan menganalisis video perlawanan Kedah sebelumnya. Saya telah membuat satu strategi untuk mengalahkan mereka,” kata Berber.

Kelmarin, pasukan yang diketuai oleh bekas pemain import Pahang FA, Zesh Rahman iaitu KC Southern berjaya menewaskan Tai Po FC 4-2 dalam perlawanan ke 8 Hong Kong Premier League, menjadikan ia kekalahan ke 5 berturut-turut kelab itu dalam semua pertandingan.