Kedah Darul Aman Bawa Pulang Bekas Pemain

Kedah Darul Aman memulakan langkah dalam mempersiapkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila mula membawa masuk pemain baharu.

Perkara ini dikongsikan oleh pasukan menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi kelab dimana KDA membawa masuk bekas pemain serta beberapa pemain yang pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Bekas pemain seperti Syazwan Zainon, Syazwan Tajuddin serta Ariff Farha Md Isa kembali memperkuatkan pasukan setelah beraksi bersama Selangor, Kuala Lumpur dan Felda United pada musim 2020.

Selain itu, Kedah Darul Aman juga berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Rozaimi Abdul Rahman selain meminjam Rodney Celvin dari pasukan Selangor.

Kehilangan penjaga gol muda, Azri Abdul Ghani yang menyertai Perak digantikan oleh bekas penjaga gol Terengganu FC, Ilham Amirullah dan beliau akan bersaing dengan Shahril Sa’ari serta Ifwat Akmal.

Pada masa yang sama, Kedah turut mengekalkan khidmat beberapa pemain utama seperti Kipre Tchetche, Kpah Sherman, Baddrol Bakhtiar dan Fazrul Danel.