Kawin, Chanatip dan Teerasil tersenarai

La wan yang berbeza.

Biarpun Malaysia berjaya mengejutkan Thailand untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki pada tahun lalu, tetapi mereka berdepan cab@ran yang lebih hebat untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Thailand yang tidak memanggil ramai pemain-pemain bintang mereka pada tahun lalu akan memberikan cab@ran berbeza dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 November ini.

Kini dibimbing oleh bekas jurulatih Jepun, Akira Nishino, Thailand telah menyenaraikan pemain-pemain mereka yang beraksi di luar negara seperti penjaga gol Kawin Thamsatchanan (Oud-Heverlee Leuven) dan pemain tengah sensasi mereka, Chanatip Songkrasin yang beraksi bersama Consodale Sapporo di Liga Jepun.

Pemain bek kiri Yokohama F.Marinos, Theerathon Bunmathan turut tersenarai tetapi tidak akan dapat diturunkan ketika bertemu Malaysia kerana dig@ntung perlawanan.

Selain itu, Akira Nishino turut menyenaraikan pemain skuad bawah 19 tahun Thailand, Suphanat Muenta turut disenaraikan biarpun kini sedang membantu skuad Thailand mengharungi kelayakan Kejohanan AFC Bawah 19 tahun di Phnom Penh.

Thailand kini berada di tangga teratas Kumpulan G hasil kemenangan dua perlawanan termasuk menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1 di Bangkok dalam perlawanan terakhir mereka. Selepas perlawanan menentang Malaysia, Thailand akan berangkat ke Hanoi untuk aksi bertemu Vietnam pada 19 November.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.