‘Kami kena ‘game’ malam tu!’

PELAKON dan penerbit Nazia Mustafar tidak terkesan dengan kes tangkapan membabitkannya berhubung aktiviti pesta li ar di sebuah kondominium mewah di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, Disember tahun lalu.

Nazia, 43, bersama suami, Hazil Izham Ismail yang juga penerbit antara 19 individu yang ditahan dalam serbuan ketika itu.

Nazia ketika ditemui menjelaskan, dia dan suami tidak terbabit dengan sebarang kegiatan tidak bermoral itu termasuk penemuan empat paket plastik berwarna hitam disyaki mengandungi d@dah jenis meth@mphetamine.

“Ketika itu saya berada di tempat dan masa yang salah. Kami tidak terbabit dengan apa-apa aktiviti haram. Saya pun dibebaskan tanpa syarat. Cuma apabila disiasat di bawah Seksyen 36B Akta D@dah Berbahaya 1952, saya terpaksa ditahan satu malam. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik.

“Dari segi kerjaya dan perniagaan dengan stesen TV, sedikit pun tidak terganggu. Malah tidak ada seorang pun yang menghubungi bertanya mengenai perkara itu. Cuma, ada juga yang kenal wajah saya ketika disiarkan dalam satu blog. Saya cakap abaikan saja sebab tidak ada apa-apa yang serius pun,” katanya.

Nazia berkata, dia dan suami tidak ada kena mengena langsung dengan tangkapan dibuat.

Menurutnya, mereka sebenarnya terperangkap hingga dikaitkan dengan insiden terbabit.

“Alhamdulillah, orang sekeliling tidak memandang serong pun. Saya pula tidak suka kecoh dan berkongsi perkara ini di media sosial bagi membersihkan nama. Daripada orang tidak tahu, jadi tahu pula.

Sebenarnya, kami kena ‘game’ oleh salah seorang yang ada di situ pada malam itu. Mungkin disebabkan ada perselisihan faham sebelumnya membabitkan pasangan lain dan kebetulan ada seorang yang simpan d@dah itu, jadi semua terbabit sama,” katanya.

Nazia ditemui pada majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Duit Raya anjuran syarikat Megapine (M) Sdn Bhd di Putrajaya.

Pada majlis itu, seramai 60 anak yatim daripada Rumah Anak Yatim dan Asnaf Baitul Rahmaniah (Bairah) dan Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang, Kuala Kubu Bharu.

Syarikat milik Nazia dan suami turut memperkenalkan tiga telefilem Ku Genggam Kunci Syurga, Di Penghujung Fatamorgana dan Jam Tangan Pak Su.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *