kali ini giliran pasukan PKNS FC menjadi mangsa

V!RUS influenza mengg@nas lagi dan kali ini giliran pasukan PKNS FC menjadi mang sa hingga terpaksa menunda perlawanan men3ntang Melaka United yang sepatutnya berlangsung di Stadium Hang Jebat esok.

Sebelum ini, kem bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘dijangk!ti v!rus terbabit hingga menyebabkan sekurangnya 17 pemain menerima rawatan susulan.

Menerusi kenyataan media di laman sosial Facebook PKNS FC, sekurang-kurangnya lapan pemain utama PKNS FC disahkan dijangk!ti Influenza B dan kini menerima rawatan susulan daripada pegawai perubatan.

Katanya, antara pemain berkenaan adalah Kpah Sean Sherman, Rodney Akwensivie, Tamirlan Kozubaev dan Farhan Abu Bakar.

“PKNS FC sudah membuat permohonan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menangguh perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat (esok) ke tarikh lain.

“MFL sudah meluluskan permohonan terbabit dan kami juga berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) yang turut bersetuju berbuat demikian,” katanya, di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *