“kalau kata boleh..lepaskan, kalau tak boleh…kata tak boleh,”

Lim Teong Kim: Jangan permainkan Luqman Hakim Shamsudin

Lim Teong Kim mengakui berasa kurang senang dengan kemelut perpindahan yang dialami bekas pemainnya, Luqman Hakim Shamsudin.

Bekas pengarah Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari itu berkata, Luqman sepatutnya diberi bimbingan yang sewajarnya dalam usianya yang baru sahaja mahu membina karier sebagai pemain bolasepak profesional.

“Jangan mainkan emosi dia, kalau kata boleh..lepaskan, kalau tak boleh…kata tak boleh,” katanya kepada Harian Metro.

“Budak ini baru 18 tahun. Jangan bermain dengan emosi dia yang sudah teruja untuk pergi ke Belgium.”

“Sudah pasti dia sudah berkhayal bermain dengan kelab luar negara.

“Tapi lepas empat lima bulan ia belum berlaku lagi. Saya pasti dia pasti bosan dan kalau mental tidak kuat pasti akan hilang motivasi.”

Luqman baru-baru ini mengakui sememangnya bertekad untuk beraksi dengan kelab KV Kortrijk malah pemilik kelab itu, Tan Sri Vincent Tan sudah bersedia membantu pemain muda itu di Eropah.

Namun, Selangor masih belum mengumumkan pelepasan Luqman selepas pemain itu menandatangani kontrak jangka pendek beberapa bulan sebelum ini.