Kafa tempah ‘bah@ya’

ADAKAH Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa ) akan mengikut jejak Perlis yang diharamkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa)?

Itu persoalan yang timbul susulan keputusan terbaharu Fifa pada 23 April lalu mengarahkan Kafa untuk melunaskan segera tunggakan gaji bekas pemain importnya, Casio Francisco De Jesus sejumlah AS$145,944.60 atau RM629,620.28 sen dalam tempoh 30 hari.

Sekiranya skuad The Red Warriors gagal, kes berkenaan akan dih3ret ke Jawatankuasa Tatatertib Fifa yang memungkinkan segala aktiviti bola sepak di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dig@ntung seperti mana dilalui Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Sebelum ini, PFA dig@ntung kerana kegagalan membayar tunggakan gaji pemain import sekali gus tidak boleh menjalankan operasi termasuk melaksanakan liga di peringkat negeri, bertanding dalam saingan Liga Malaysia dan lain-lain.

Menerusi surat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Kafa bertarikh 28 April itu, faedah lima peratus turut dikenakan dengan jumlah setengah juta itu pastinya memberi tekanan besar buat pasukan Kelantan.

Malah, ketiadaan aksi Liga Malaysia (Liga M) yang ditangguhkan kerana wabak pandemik Covid-19 turut tidak dapat menjana pendapatan menerusi jualan tiket yang sebelum ini banyak menyumbang kepada kantung pasukan.

Ditambah pula dengan hutang lain termasuk tunggakan gaji pemain tempatan yang mencecah ribuan ringgit jelas meletakkan Kafa pada kedudukan sangat tenat dan kemungkinan akan berkubur penghujung musim ini.

sumber: HM

Selain itu, badan induk dunia itu mengharamkan Kelantan daripada membeli mana-mana pemain sama ada tonggak import atau tempatan untuk selama dua jendela perpindahan secara berturut-turut.

Perintah larangan perpindahan berkenaan adalah tindakan kesukanan yang dikenakan Fifa dengan mengambil kira penamatan kontrak secara sebelah pihak dan kesalahan berulang yang dilakukan pihak Kafa.