Kekec3waan Terbesar Dalam Sejarah Bola Sepak Malaysia

Selepas Piala FA dan Piala Malaysia batal, manakala Liga Super serta Liga Perdana dipendekkan, Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) sahaja mampu mengubati kek3cewaan komuniti sukan No. 1 dunia itu.

ABK 2020 yang menjadi upa­cara paling dinantikan pemain, jurulatih dan seluruh penggiat bola sepak tempatan bagaima­napun berdepan risik0 dibatalkan akibat pand3mik C0vid-19.

Pada edisi lalu, bintang Malaysia, Safawi Rasid membolot tiga trofi termasuk Pemain Paling Bernilai (MVP) yang dianggap ibu kepada semua anugerah.

Pemenang anugerah Striker Terbaik edisi pertama pada 2005, Rudie Ramli berharap Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dapat meneruskan majlis menghargai pemain tempatan meskipun Liga Malaysia (Liga M) musim ini hanya berlangsung 12 perlawanan – 11 Liga Super dan Perdana serta satu pusingan Piala Malaysia

Katanya, jika musim lepas 27 anugerah diberikan mungkin musim ini pihak ia dikurangkan mengikut kesesuaian.

Kalau boleh teruskan ABK kerana secara tidak langsung mengobat dvka pemain dan pasukan yang tidak dapat menikmati saingan Liga Malaysia tahun ini.

Dengan keadaan semasa, ba­nyak pihak terkesan tapi acara ini menghargai pemain bola sepak tempatan dan sayang jika tidak dianjurkan, katanya kepada Utusan Malaysia.

Begitupun, Pengerusi Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan yang memenangi anugerah Mesra Media musim lalu berpendapat, sebaiknya ABK 2020 tidak diadakan.

Secara peribadi saya berasakan tidak perlu.

Dengan 12 perlawanan berlangsung bagaimana hendak menilai pemenang?, kata bekas pengendali Selangor itu