Joseph Kalang Tie Alami Detik Cemas

Pemain Kuching FA, Joseph Kalang Tie terkejut apabila mendapati abangnya Tie Siew Gau pitam dan terpaksa dimasukkan ke wad kec3masan rapi di Hospital Miri, Sarawak, selepas beberapa hari menunjukkan gejala tidak sihat sejak 8 April lalu.

Namun pemain berusia 33 tahun itu sedikit lega apabila doktor mengesahkan abangnya tidak dijangk!ti wabak C0VID-19, meskipun masih belum sedarkan diri.

“Sebagai seorang adik, saya sangat bimbang melihatkan dia dalam keadaan begini, tapi saya hanya boleh tunggu dia sedarkan diri,” katanya kepada The Star.

“Abang saya melalui dua uj!an C0VID-19, dan berita baiknya kedua-duanya menunjukkan tanda negatif.

“Saya harap abang saya diberikan peluang kedua, doktor cakap keadaan dia sudah semakin baik dan dia tidak memerlukan sebarang bantuan ubat untuk jantungnya.

“Saya hendak berterima kasih kepada semua orang yang berdoa untuk abang saya ketika dia masuk hospital dan saya harap kita semua teruskan berdoa.”