Jorge Pereyra Diaz Bakal Kembali

Bekas peny3rang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz dikhabarkan bakal kembali ke saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam dimana Diaz telah mengadakan rundingan bersama pasukan yang akan bersaing di Liga Super.

Diaz merupakan salah satu pemain import terbaik yang pernah mewarnai kancah Liga Malaysia dimana beliau pernah membantu JDT memenangi beberapa kejuaraan domestik selama tiga musim beraksi bersama pasukan itu.

Pemain berusia 30 tahun itu pernah membantu JDT memenangi Liga Super pada musim 2014 dan 2015 selain Piala Sumbangsih pada 2014 dan Piala FA pada 2016 dimana pada perlawanan akhir, skuad Harimau Selatan menewaskan PKNS FC.

Selain itu, Jorge Pereyra Diaz juga pernah memenangi gelaran individu iaitu Penjaring Terbanyak Liga Super musim 2016 dengan catatan 18 gol, dua gol dihadapan rakan sepasukan ketika itu iaitu Juan Martin Lucero yang mencatat 16 jaringan.

Sekiranya Diaz kembali ke saingan Liga Malaysia, maka beliau akan menjadi salah satu peny3rang berbahaya dan bakal memberi kelebihan kepada pasukan yang mendapatkan khidmat beliau.

Ini kerana Diaz mempunyai pengalaman beraksi di Malaysia dan telah membiasakan diri dengan cabaran dan juga saingan yang bakal dihadapi.