Jersi Melaka “Merecik Hawauu”

MELAKA: Tiga warna jersi baharu menjadi pilihan Melaka bagi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) selepas dilancarkan di Bandar Hilir sebentar tadi.

Warna terbabit membabitkan hijau, hitam emas, dan putih merah sebagai warna rasmi bagi sa!ngan musim ini.

Pada majlis pelancaran dan pengenalan pemain disempurnakan Ketua Menteri, Adly Zahari itu menyaksikan warna keramat hijau sebagai warna jersi utama diikuti jersi kedua hitam emas dan jersi ketiga, putih merah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo berkata, pemilihan warna hijau sebagai jersi tuan rumah bagi sa!ngan kali ini adalah hasil daripada perbincangan dengan penyokong yang mahukan warna itu dikembalikan sebagai warna rasmi dan bukannya putih seperti musim lalu.

“Kami mengambil kira cadangan dan ulasan penyokong, justeru kita kembalikan warna hijau. Anda boleh lihat ada banyak warna hijau berlainan kita gabungkan sekali dalam jersi home dan ia menjadikannya lebih menarik.

“Bagi saya, jersi kali ini adalah yang terbaik dan tercantik di Malaysia dan saya sangat berpuas hati,” katanya di sidang media selepas pelancaran.

Menariknya, majlis perasmian pelancaran pada jam 2.22 petang (22.2.2020) itu dianggap sebagai petanda Melaka menyasarkan tidak kurang daripada nombor 2 dengan nada berseloroh.

“Ia satu sasaran yang realistik sebenarnya. Tapi apapun, kita berharap paling tidak kita dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala,” katanya lagi.

Bagi sa!ngan kali ini, MU bakal menggunakan jersi keluaran Al-Ikhsan Sport yang mana harga jersi berkenaan ialah RM99 yang boleh didapati di mana-mana outlet Al-Ikhsan seluruh negara.

Keterangan gambar

Pix 1- Jersi menarik Melaka bagi sa!ngan Liga Malaysia musim ini.FOTO NAZRI ABU BAKAR

Pix 2-Warna pilihan Melaka bagi sa!ngan Liga Malaysia 2020.FOTO NAZRI ABU BAKAR