JDT umum Secara Rasmi

Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri selepas berjaya menjalin kerjasama baharu bersama pembuat kenderaan elektrik antarabangsa, SWAG.

Jalinan kerjasama itu diumumkan menerusi status di laman Facebook, Johor Southern Tig3r yang mendapat perhatian lebih daripada 4,600 pengikut selain hampir 300 komen serta 81 perkongsian selepas sejam dimuat naik.

SWAG merupakan sebahagian daripada tambahan senarai usaha sama bertaraf antarabangsa di JDT seperti Nike dan Hublot.

Ada dua lagi penajaan antarabangsa bakal diumumkan dalam masa terdekat, kata kenyataan itu

Jalinan kerjasama itu sudah pasti akan terus mengukuhkan kedudukan JDT sebagai kuasa besar di dalam sukan bola sepak tanah air pada masa akan datang.