Tidak Boleh Terlalu Selesa

Selepas menempuh saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Bangkok yang berakhir pada awal bulan ini, kini Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali menumpu kepada aksi Liga Super untuk memburu kejuaraan kelapan musim ini.

Lawan JDT di Stadium Sultan Ibrahim malam esok adalah pasukan tercorot liga, UiTM FC yang masih bergelut untuk membvru kemenangan pertama dan pastinya skuad kendalian Frank Bernhardt bakal tampil dengan corak permainan berbeza.

Apapun, JDT dibimbing Benjamin Mora baru memulakan latihan sejak tiga hari lalu selepas selepas menjalani tempoh kuarantin sebaik pulang dari Bangkok tampak mantap tatkala memiliki minit perlawanan berkompetitif sepanjang aksi ACL.

Berbanding anak didik Bernhardt yang sekadar menjalani latihan sepanjang tempoh saingan liga berehat dan terpaksa berdepan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dilaksanakan di Selangor.

Namun JDT tidak boleh terlalu selesa dan menganggap aksi menentang UiTM FC akan mudah selepas menewaskan pasukan itu 4-0 pada aksi pusingan pertama 13 Mac lalu.

Sebaliknya harus bersedia dengan taktikal yang lebih ampuh bagi memburu kemenangan dalam usaha kekal di tangga teratas liga.

Tiada perubahan ketara yang bakal dilakukan dalam skuad JDT dan kemungkinan kelibat Shane Lowry bakal diturunkan pada aksi menentang UiTM FC berikutan Mauricio Dos Santos masih dibelenggu keced3raan selain penampilan semula Gonzalo Cabrera bagi menguatkan kesebelasan utama JDT.

Apa yang menarik pastinya kelibat Safawi Rasid bakal diturunkan dalam skuad utama selepas sering diketepikan ketika saingan ACL tatkala masih dalam proses pemulihan akibat keced3raan ketika menentang UiTM FC, Mac lalu.

Malah dia sendiri melaungkan keazaman untuk bangkit dan tampak mahu mengetepikan apa juga kritikan terhadap dirinya sekali gus memberi kelegaan buat Mora yang sememangnya ingin menggunakan khidmat pemain itu bagi baki saingan liga.

Justeru, Mora bakal menurunkan kesebelasan terbaik apabila berdepan UiTM FC kerana JDT tidak boleh keciciran mata seandai mahu mengidam kejuaraan liga dan aksi di laman sendiri beri kelebihan buat skuad Harimau Selatan meneruskan momentum kemenangan.