JDT Memb@ham Selangor

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir menggengam kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut selepas memb@ham Selangor 6-1 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Hasil kemenangan itu, skuad bimbingan Benjamin Mora hanya perlu mencari tiga mata lagi untuk menjulang kejuaraan liga apabila bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jumaat ini berdepan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) .

JDT yang turun tanpa kelibat Mauricio Dos Santos akibat dig@ntung satu perlawanan kerana mengumpul tiga kad kuning ternyata tidak menjejaskan benteng pertahanan tatkala Fadhli Shas yang bergandingan bersama kapten Aidil Zafuan Abd Radzak beraksi konsisten di posisi itu.

Sepanjang tempoh 20 minit aksi babak pertama, skuad Harimau Selatan dan The Red Giants beraksi dengan corak berhati-hati dengan tempo permainan lebih terarah di kawasan tengah padang dan jarang melakukan ser@ngan berb@haya.

Hanya pada minit ke-22, tuan rumah meraih peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan apabila Gonzalo Cabrera bertindak berani menyusup masuk ke dalam kotak penalti namun bola rem batan yang disasarkan ke penjuru kiri gol pelawat sekadar sipi tatkala penjaga gol, Farizal Harun sudah tertewas.

Cabrera sekali lagi terlepas peluang terhidang pada minit ke-33 selepas bola rembatan leret di luar kotak penalti tersasar sebelah penjuru kanan gol ketika Farizal sudah tertewas.

Sebelum melangkah masuk ke bilik persalinan pada minit akhir babak pertama, Safawi Rasid menceriakan kem skuad Harimau Selatan selepas bola sepakan percuma dari jarak 30 meter melencong tepat ke penjuru kanan gol yang menyaksikan Farizal tergaman di gawang sendiri.

Sebaik babak kedua bermula, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria selelpas tindakan Nicholas Ryan Swirad mengkasari Diogo Luis Santo di dalam kotak penalti pada minit ke-48.

Safawi yang ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti itu mudah merembat bola masuk untuk mencetak gol kedua peribadi apabila menewaskan Farizal yang sekali lagi tergamam melihat bola men3rjah jaring.

Tuan rumah menambah derita pelawat pada minit ke-63 selepas bola balingan jauh Corbin Ong tepat ke Diogo yang bingkas memusingkan badan sebelum merembat bola ken cang menewaskan Farizal untuk meletak skuad Harimua Selatan selesa dengan kedudukan 3-0.

Anak didik Mora memastikan skuad bimbingan B Sathiananthan tert3kan apabila Cabrera meled@kkan gol keempat buat pasukan itu berpunca daripada bola lorongan Diogo dan tuan rumah terus mengg@nas apabila pemain gantian Ramadan Saifullah Usman turut mencetak gol kelima pada minit ke-72 dan jaringan kedua peribadi selang dua minit .

Pelawat meraih gol saguhati pada minit ke-81 selepas bola umpanan Sean Eugene Selvaraj di dalam kotak penalti disudahkan pemain gantian Rufino Segovia namun sudah terlambat melakukan kebangkitan tatkala JDT terus ampuh dengan jaringan 6-1 sehingga tamat perlawanan.