JDT kini sebaris Man U dan Barcelona

Jersi baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya akan dilancarkan secara rasmi pukul 5.45 petang ini, namun ia sudah mencuri tumpuan ramai sebaik saja Facebook Johor Southern Tig3rs berkongsi rekaan terkini.

Rekaan yang dianggap ringkas, moden dan menarik itu terbesar dalam media sosial, malah buat kali pertama JDT akan memaparkan logo Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di bahagian depan, sekali gus meletakkan mereka sebaris Manchester United atau Barcelona.

Semalam, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bakal memberi ‘hadiah istimewa’ kepada penyokong JDT dengan menanggung sebahagian daripada harga jersi baharu Har!mau Selatan. JERSI away musim 2021.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, hadiah istimewa itu diberikan sempena ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim, selain tanda penghargaan kepada sokongan tidak berbelah bagi penyokong.

sumber : UM

Harga jersi home dan away musim 2021 serta jumlah diskaun istimewa yang akan diberikan bakal diumumkan dalam majlis pelancaran  nanti, begitu tahun lalu jersi yang dijual pada harga RM185 laris lebih 7,000 helai.