JDT jumpa Jiangsu dan Nagoya Grampus

Wakil tunggal negara di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) diundi dalam Kumpulan G selepas majlis undian yang berlangsung sebentar tadi.

Skuad JDT itu akan berdepan cabaran juara Liga Super China, Jiangsu dan wakil dari Jepun, Nagoya Grampus.

Bagaimanapun, mereka masih perlu menunggu satu lagi lawan mereka dalam kumpulan terbabit selepas satu slot itu akan diisi pemenang playoff.

Sebagai rekod, saingan terbesar ACL musim ini yang menampilkan penyertaan 40 pasukan buat kali pertama dalam sejarah akan berlangsung di Zon Barat dan Zon Timur.

Berdasarkan persetujuan semua ahli gabungan dan pasukan yang bertanding, AFC bersetuju untuk menganjurkan saingan peringkat kumpulan ACL Zon Barat antara 14 hingga 30 April manakala Zon Timur pula pada 21 April hingga 7 Mei.