JDT Hormati Keputusan

Selepas kenyataan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media mengenai penyertaan pasukan JDT dalam saingan AFC Champions League 2020 di Doha minggu depan, Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards secara rasmi mengeluarkan maklum balas melalui laman sosial mereka sebentar tadi.

“Johor Darul Ta’zim FC (JDT) telah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara bahawa kami tidak diberikan kebenaran untuk berlepas ke Doha, Qatar untuk saingan AFC Champions League 2020.

“Ketika JDT merasa amat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan kelab paling tinggi di Asia dan Piala Malaysia, kami menghormati keputusan Kerajaan Malaysia dan faham mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dikuatkuasakan disebabkan peningkatan kes pandemik COVID-19.”

“Demi kebaikan semua – termasuk skuad JDT yang sepatutnya terbang ke Doha adalah keutamaan. Kami mendoakan dan berharap kita akan dapat mengatasi masalah pandemik ini menuju musim 2021.”

Luaskan kuasamu!