JDT Dah Start

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sedang giat menaiktaraf pusat latihan miliknya di Padang Seri Gelam, Johor Bahru.

Menurut Johor Southern Tig3rs, proses menaiktaraf itu melibatkan lampu LED baharu, penyelenggaraan padang dan pembinaan sebuah stor selepas pusat perubatan siap dibina.

Penambahbaikan itu dilakukan meskipun JDT dijangka berpindah ke pusat latihan yang baharu bersebelahan dengan Stadium Sultan Ibrahim tidak lama lagi.

Malah, pusat latihan baharu itu kemungkinan akan siap pada tahun depan selepas JDT mengumumkan bahawa majlis pecah tanah akan diadakan tidak lama lagi.

Pada masa sama, JDT turut menambahbaik pusat latihan junior JDT yang digunakan oleh skuad JDT II serta skuad-skuad junior Harimau Selatan.

JDT sentiasa berusaha untuk memastikan agar skuad junior juga mempunyai fasiliti serba canggih dan lengkap seperti skuad senior.