JDT Cipta Sejarah Sebaris Barca Dan Man U

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila dipilih sebagai rakan kongsi kepada UNICEF sekaligus menjadi kelab yang pertama Asia bekerjasama dengan sebuah organisasi terkemuka dunia itu.

Perkembangan itu diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam sidang media sebentar tadi.

UNICEF merupakan sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi bantuan kemanusi@an dan perkembangan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Organisasi ini beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.

JDT akan menjalinkan kerjasama dengan UNICEF selama satu tahun dan kini sebaris dengan kelab gergasi dunia seperti Barcelona, Manchester United dan Olympiacos yang pernah dipilih oleh organisasi tersebut.

Logo UNICEF juga kemungkinan akan dipamerkan pada jersi baharu JDT untuk musim 2021 dan pasti dinanti-nantikan oleh para penyokong setia pasukan itu.

Menurut TMJ, kerjasama ini tidak semestinya melibatkan wang ringgit sahaja tetapi sekaligus akan memupuk kesedaran di antara masyarakat seluruh Malaysia dan menaikkan nama JDT di seluruh dunia.

Mentaliti saya dan sesetengah pihak dalam negara berbeza. Sebagai contoh, semua kelab boleh menandatangani pemain bola sepak tetapi bukan semua kelab mendapat pengiktirafan daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa.

Kejayaan komersial, jenama dan aset kelab adalah yang pertama. Jikalau kelab tiada duit, kelab tidak dapat menandatangani pemain dan tanpa pemain yang bagus, pasukan tidak dapat mencapai kejayaan di dalam padang.

‘Brand awar3nes’ juga bermaksud pengiktirafan bahawa peranan JDT adalah lebih besar daripada hanya sebuah kelab bola sepak, katanya.

TMJ dijangka akan mengumumkan nama pemain baharu untuk musim depan dan musim 2022 malam ini.

1 Trackback / Pingback

  1. dr berg keto

Comments are closed.