JDT akhiri dengan kekalahan

JDT gagal menamatkan sesi pra-musim di Dubai dengan kemenangan apabila tewas 3-2 kepada kelab UAE, Emirates FC.

Emirates mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan sendiri Syazwan Andik pada minit ke-39 dan gol kedua pada minit ke-44 hasil jaringan Saeed Salem.

Kelab UAE itu melebarkan jur4ng dengan gol ketiga menerusi Tommy Tobar pada minit ke-58.

Bagaimanapun JDT berjaya mengurangkan jur4ng apabila Syafiq Ahmad menjaringkan gol pada minit 66.

Bekas pemain JDTII, Amirul Husaini menambah gol kedua pada minit 76, sekaligus menjadikan kedudukan 3-2.

Namun hasrat untuk menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat.

Secara keseluruhannya, JDT mencatatkan tiga kemenangan dan dua kekalahan di Dubai.

Skuad Harimau Selatan akan kembali ke tanah air sebelum berlepas ke Jepun bagi memulakan kempen AFC Champions League 2020 menentang Vissel Kobe pada 12 Feb ini.

Sumber : football-tribe