Jaringan Luqman tarik perhatian

KUALA LUMPUR: Pemain remaja sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin sekali lagi menarik perhatian peminat bola sepak rantau ini apabila menjaringkan gol dari jarak hampir 50 meter dalam kemenangan 5-4  skuad bawah 18 Tahun (B-18) negara ke atas tuan rumah, Kemboja pada Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Stadium Kebangsaan Olimpik, Phnom Penh, malam tadi.

Skuad kendalian Brad Maloney bermula selesa apabila mendahului 3-0 menerusi Muhammad Shafi Azswa (m-30), Muhammad Fakrul Iman (m-40) dan Muhammad Azrin Afiq (m-43), namun terpaksa bermain sembilan orang selepas Ahmad Zikri Khalili dan Mukhairi Ajmal dilayangkan kad merah.

Tuan rumah merapatkan jurang menerusi Met Samel (m-61) dan Chea Sokmeng (m-65) sebelum Luqman memerangkap penjaga gol Kemboja dengan sepakan lambung dari tengah padang pada minit ke-67. Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid memastikan kemenangan pada minit ke-74 walaupun Kemboja cuba bangkit dengan dua lagi gol menerusi Sieng Chanthea (m-77) dan Ly Mael (m-90).

Untuk aksi kedua Rabu ini, skuad negara akan turun menentang Brunei.

Saksikan jaringan jarak jauh Luqman Hakim dari jarak 50 meter !! Gol yang luar biasa..Keputusan Penuh: Malaysia 5-4 Kemboja#VocketFC #HarimauMalaya #AFCU19Q

Posted by VOCKET FC on Saturday, November 2, 2019

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.