Jangan petik nama kami lagi

KUALA LUMPUR: Walaupun kami pasukan miskin dan kecil tetapi kami sudah selesaikan semua hutang pemain.

Itu pengesahan yang dibuat Setiausaha Kehormat Kelab Bolasepak Polis DiRaja Malaysia (PDRM FA), ACP Zulkefly Yahya yang menjelaskan pihaknya sudah melangsaikan semua hutang gaji pemain sehingga April yang berjumlah RM1.3 juta.

Justeru, Zulkefly tidak mahu lagi nama skuad The Cops ‘dipetik’ setiap kali timbul isu tunggakan gaji ketika beberapa pasukan besar lain turut berdepan situasi yang sama.

Kami sedih kerana isu ini terus dibangkitkan sedangkan kami sudah selesaikan. Memang pada awal musim, kami ada masalah gaji sehingga terpaksa dipotong tiga mata.

“Tetapi kami sudah selesaikan semua tunggakan itu menerusi rundingan dengan pemain. Kami buat penjadualan pembayaran tiga kali bermula 50 peratus, 30 peratus dan 20 peratus.

Walaupun kami pasukan kecil tetapi kami berjaya selesaikan semua tunggakan sehingga April. Untuk gaji pasukan senior, Insha Allah tiada masalah, katanya pada sidang media di ibu negara, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Zulkefly menjelaskan pihaknya tidak akan mengabaikan pemain Piala Presiden dan Piala Belia selepas dua saingan terbabit terpaksa ditutup musim ini susulan penularan pand3mik COV!D-19.

sumber : BH

Kita akan membayar pampasan kepada pemain di mana kita ada lima pemain dari Piala Presiden yang terdiri daripada orang awam manakala selebihnya adalah anggota kita sendiri.

Pampasan akan dibayar kepada pemain mengikut garis panduan yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu minimum 25 peratus daripada baki kontrak mereka, katanya.