Itu Istilah P0ndan

Jurulatih Selangor, B Sathiananthan menemp3lak tind@kan sesetengah pasukan yang masih mengamalkan kaedah merehatkan untuk mem3cat jurulatih.

Ini selepas Kelantan United bert!ndak merehatkan Zahasmi Ismail serta barisan kejurulatihannya walaupun saingan Liga Premier hanya berbaki empat perlawanan.

Beliau berkata, jika pengurusan pasukan benar-benar tidak mahukan seseorang jurulatih itu, mereka haruslah menamatkan perkhidmatan secara pr0fesional.

“Jangan guna rehat kerana ia adalah istilah p0ndan. Kalau nak sing kir cakap sahaja sing kir,” kata Sathia kepada Utusan.

“Kalau nak suruh saya rehat, saya tidak boleh terima. Jika nak rehat, mereka kenalah bayar gaji.”

Ketika ditanya mengenai status kontraknya di Selangor, Sathia juga berharap majikannya bers!kap pr0fesional.

“Itu terpulang kepada persatuan tetapi kalau nak ‘rehatkan’ saya, bayar gaji saya ikut kontrak dan jangan buang masa saya.

“Saya seorang yang pro­fesional. Dalam tujuh perlawanan terakhir, hanya sekali kami kalah, jadi jangan cakap ­banyak.”

Dalam tujuh perlawanan Liga Super musim ini, Selangor hanya kalah kepada Kedah 2-0 di Stadium Darul Aman pada 15 Mac.

Bagaimanapun empat keputusan seri menyebabkan anak-anak buah Sathianathan menghuni tangga keenam liga dengan 10 mata, sembilan mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selangor akan berdepan JDT dalam saingan Liga Super, Sabtu ini.