Isaac Angking Buat Penampilan Pertama Bersama Skuad Kebangsaan

Pemain kacVkan Malaysia-Puerto Rico, Isaac Angking membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Puerto Rico dalam satu perlawanan persahabatan pasukan itu pada semalam.

Angking dimasukkan pada separuh masa kedua pada perlawanan menentang Republik Dominika yang menyaksikan Puerto Rico memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0.

Setelah dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad Puerto Rico, pemain berusia 19 tahun itu diberikan peluang untuk beraksi bersama negara kelahiran bapanya itu.

Angking yang memakai jersi bernombor 10 dimasukkan pada minit ke-80 ketika Puerto Rico sedang mendahului 1-0 dan beliau membantu skuad kendalian Elgy Morales mengekalkan kedudukan sekaligus muncul sebagai pemenang.

Meskipun telah membuat penampilan bersama pasukan kebangsaan lain, namun Isaac Angking masih berpeluang untuk beraksi bersama skuad Malaysia pada masa akan datang.

Ini kerana beliau diturunkan dalam perlawanan yang tidak berada dalam kalendar perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekaligus membenarkan beliau untuk menukar pasukan kebangsaan.