Inilah Punca Perlawanan PJ City menentang Terengganu FC Ditunda

Badan pengendali Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) mengesahkan perlawanan CIMB Liga Super diantara Petaling Jaya City (PJ City) menentang Terengganu FC (TFC) yang sepatutnya berlangsung esok telah ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Perkembangan itu turut diumumkan melalui laman facebook rasmi TFC dan menjelaskan penangguhan tersebut adalah disebabkan oleh kegagalan pihak PJ City menyediakan venue perlawanan.

Beberapa hari lalu, MFL memaklumkan PJ City dikehendaki mencari gelanggang lain bagi saingan Liga Malaysia musim 2020 selepas mendapati Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak boleh digunakan susulan kerja naiktaraf sedang dijalankan di venue berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani menyatakan bahawa, hasil pemeriksaan Stadium MBPJ mendapati padang tidak berada dalam keadaan bersedia serta bilik-bilik persalinan masih berada dalam proses naik taraf dan tidak dapat digunakan.

“Dukacita dimaklumkan perlawanan pada malam esok yang akan melibatkan pasukan Terengganu FC menentang pasukan PJ City terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Penangguhan ini adalah disebabkan kegagalan pihak tuan rumah untuk mendapatkan venue perlawanan kerana stadium asal yang mereka gunakan masih dalam proses baik pulih.

MAKLUMAN PENANGGUHAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER MALAYSIA PJ CITY MENENTANG TERENGGANU FC PADA 14 MAC 2020Dukacita…

Posted by Terengganu Football Club on Thursday, March 12, 2020

“Selain itu pasukan tuan rumah telahpun cuba untuk mendapatkan venue alternatif untuk digunakan walaubagaimanapun kesemua venue di Lembah Klang telah terlebih dahulu ditempah oleh pasukan-pasukan lain yang turut beraksi bagi saingan Liga Super dan Liga Premier,” kata kenyataan tersebut.

Manakala perlawanan lain akan berlangsung seperti biasa tetapi tanpa penonton bagi mengelakkan penularan wabak Coronavirus (Covid-19). Namun, mulai hari isnin, semua perlawanan Liga Malaysia ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.