Ini Respond Joseph Tentang JDT

Pemain Kuching FA, Joseph Kalang Tie, mengakui pasukannya akan berdepan cabaran besar dalam saingan Piala Malaysia 2020 yang akan bermula pada 6 Nov ini.

Namun, beliau tidak terlalu fokus dengan pihak lawannya dalam pusingan 16 terbaik iaitu juara Liga Super 2020, JDT, sebaliknya menganggap format kalah mat! yang digunakan dalam Piala Malaysia kali ini tidak memberikan kelebihan kepada pasukannya.

Perlawanan kalah mat! memang susah. katanya kepada Astro Arena.

Kalau dalam peringkat kumpulan, jika kalah, kami boleh fokus kepada perlawanan seterusnya tetapi dalam perlawanan kalah mat!, satu kesilapan boleh menyingk!rkan kami.

Joseph bagaimanapun menganggap Kuching masih mempunyai peluang berdepan pasukan g3rgasi seperti JDT.

Apa yang penting, Kuching FA akan bekerja keras. Bagi saya, kejutan itu sentiasa ada dalam bola sepak.

Kalau kami bermain sebagai satu pasukan dan bekerja lebih keras daripada pihak lawan, rezeki itu sentiasa ada.

Sebelum ini, Kuching FA berjaya menewaskan JDTII 2-1 dalam saingan Liga Premier musim ini.

JDT dilihat berdepan laluan mudah untuk saingan Piala Malaysia kali ini, dan jika mereka berjaya menewaskan Kuching, JDT akan bertemu Kuala Lumpur di peringkat suku akhir.

Di separuh akhir pula, JDT dijangka akan bertemu sama ada Pulau Pinang, Felda United, UiTM FC atau Kelantan.