Ingkar Arahan PKP, Pemain Bolasepak Didenda

Kebanyakan pemain bolasepak menjadi model pesanan khidmat masyarakat dengan menasihatkan supaya berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, ada juga pemain yang mel@nggar peraturan tersebut.

Ahmad Lutfi Azizul Rahman, 22, merupakan pemain bola sepak dari sebuah kelab amatur tempatan dan menetap di sebuah kondominium di Taman Bukit Indah, Ampang.

Ketika kejadian, dia sedang melakukan senaman berhampiran kolam renang pada waktu petang.

Anggota polis yang membuat rondaan menegurnya namun Lutfi dilihat kurang puas hati dan melakukan prov0kasi selepas diarahkan untuk berada di rumah.

Dia kemudiannya ditahan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas dan did3nda RM800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini kerana melanggar PKP.

Bersenamlah di dalam rumah, kalau ditegur oleh pegawai bertugas sekalipun, patuhi sahaja arahan tersebut. Sia-sia sahaja kena bayar denda.