Ingatkan Dua Rupanya Enam

BELUM lagi selesai kes memb4bitkan tungg4kan gaji bekas pemain import, Cassio Francisco de Jesus, Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) diuji pula menerusi tuntutan seorang lagi bekas pemain import mereka, Bruno Lopez berjumlah RM141,103.60.

Difahamkan Kafa tidak hanya ter!kat dengan dua tuntutan berkenaan malah membabitkan lima kes yang masih dalam penelitian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) untuk tind4kan lanjut.

Kafa berdepan mas4lah lebih besar dengan perlu menyelesaikan tungg4kan gaji semua pemain import berkenaan berjumlah hampir RM2 juta.

Setiausaha Agung Kafa Hussin Deraman ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit dan setakat ini menerima dua tuntutan tungg4kan gaji daripada Cassio dan Bruno.

Beliau berkata, lima bekas pemain import mereka masih lagi belum diketahui keputusan namun memaklumkan mungkin akan diken4kan tind4kan sama iaitu perlu membayar tungg4kan terbabit.

Kafa memang berdepan dengan sekurang-kurangnya enam kes Fifa kerana seperti sedia maklum semua bekas pemain import terbabit mahu membawa perkara itu ke peringkat lebih tinggi.

Sekarang ini apa yang boleh kita lakukan hanya menunggu tuntutan daripada semua pemain terbabit yang dikenal pasti berjumlah hampir RM2 juta.

Jika gagal membuat pembayaran, Kelantan berhadapan dengan situasi lebih bah4ya dengan kedudukan kewangan semakin meruncing kemungkinan sukar untuk menyelesaikan pembayaran terbabit, katanya.