Indonesia kena hu kum

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Indonesia terlepas hukvman lebih berat apabila hanya didenda 45,000 Swiss Franc (RM191,000) oleh badan bola sepak dunia, FIFA akibat keg@nasan penyokong.

Dalam insiden pada 5 September lalu, ‘hvjan batu’ menyambut penyokong Malaysia ketika memasuki Stadium Bung Karno, Jakarta untuk menonton aksi pembukaan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Ketika perlawanan berlangsung, tindakan segelintir penyokong tuan rumah membal!ng b0m asap dan pelbagai objek ke arah tempat duduk penonton Malaysia juga menyebabkan permainan terhenti seketika.

Bimbang dengan keselamatan pemain, skuad Malaysia kemudian dibawa pulang ke hotel penginapan dengan menaiki kereta perisai (barracuda).

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atas insid3n yang berlaku.

Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) dalam satu kenyataan rasmi semalam berkata, mereka menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“PSSI menghormati proses undang-undang dan keputusan FIFA. Kami akan segera memenuhi kewajiban kami dan melakukan penilaian agar ia tidak terulang,” kata Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria dalam laman web rasmi badan bola sepak itu.

Menurut Tisha, PSSI berharap p3ristiwa 5 September lalu akan menjadi kejadian terakhir.

“Bola sepak sepatutnya menyatukan, mempromosikan keragaman budaya dan menyerukan sikap saling menghormati,” katanya lagi.

Biarpun beraksi di depan puluhan ribu penonton tuan rumah, anak-anak buah Tan Cheng Hoe tenang untuk mencatat kemenangan 3-2. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *