Honda minta maaf

Bekas pemain tengah Jepun, Keisuke Honda meminta maaf di atas prestasi kurang memberangsangkan di kelab Brazil, Botafogo tatkala dia dikaitkan akan berpindah ke Eropah.

Honda, 34, berkata, dia menerima krit!kan peminat selepas hanya menjaringkan tiga gol dalam 27 perlawanan.

“Krit!kan adalah perkara biasa dan saya tidak mahu memberi sebarang alasan, saya juga sangat kecewa, saya minta maaf,” katanya dalam Twitter.

Laporan menyatakan Honda, bekas pemain AC Milan dan CSKA Moscow akan menyertai kelab Portugal, Portimonense iaitu Bekas Kelab Safawi Rasid.

Honda disambut ribuan peminat ketika tiba di Brazil pada 7 Februari lalu namun Botafogo sangat berg3lut musim ini dan mereka berada di kedudukan kedua terbawah liga.

Dia juga adalah antara pemain paling berjaya dari Jepun, selepas mel3dak 37 gol, termasuk empat di Piala Dunia dalam 98 penampilan bersama Blue Samurai.