Henti Guna

PARIS: Jurulatih Marseille, Andre Villas-Boas berkata jersi No 10 perlu ditamatkan penggunaannya daripada semua pasukan sebagai memperingati Diego Maradona selepas kem@tian ikon Argentina itu.

Pemenang Piala Dunia 1986 yang juga bekas pemain Napoli, Barcelona dan Boca Juniors itu men!nggal dunia malam tadi selepas terkena ser@ngan jantuang.

Penghormatan hadir daripada seluruh dunia ketika bola sepak bersedih dengan keh!langan seorang daripada ikon paling disyangi manakala rakan senegara, hero Lionel Messi menggambarkan dia sebagai “abadi”.

Villas-Boas percaya FIFA sepatutnya memberi penghormatan dengan menamatkan penggunaan nombor jersi berkenaan di seluruh dunia.

“Ia berita yang sangat bu ruk, selain kehi langan seorang ahli majlis (di Porto) yang sangat penting buat saya, menjadi orang pertama membuka pintu buat saya dalam dunia kejurulatihan,” katanya selepas pasukannya kalah kepada Porto dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

“Dan berita pemergian Maradona ialah sesuatu yang sukar, saya mahu FIFA menamatkan penggunaan jersi No.10 dalam semua kejohanan, untuk semua pasukan.

“Ia akan menjadi tindakan terbaik boleh dilakukan untuknya. Dia adalah kehil angan besar buat dunia bola sepak.” – Agensi