Hasrat Tidak Kesampaian

Hasrat Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menubuhkan pasukan pembangunan, Kuala Lumpur II tidak kesampaian apabila permohonan mereka ditolak oleh pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Perkara ini disampaikan oleh pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ghani Hassan yang menegaskan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihaknya bagi sa!ngan Liga M3 tidak membenarkan pasukan yang mahu ditubuhkan itu menyertai sa!ngan musim 2020.

“Hasrat KLFA itu tidak boleh kami terima kerana pasukan dalam Liga M3 hadir daripada sa!ngan Liga M4. Jadi, kalau nak terus masuk Liga M3, tidak boleh.

“Saya telah memaklumkan KLFA dan mereka faham, kini tiada lagi isu. Jadi, jika ada pasukan Liga Perdana memohon untuk kelab sokongan, ia tidak boleh dipertimbangkan buat masa ini,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Pada Disember lalu, ketika Khalid Samad dilantik sebagai Presiden KLFA, beliau mahu menubuhkan kelab sokongan yang nantinya akan diletakkan dalam sa!ngan Liga M3 dan dikhabarkan badan induk itu sudah memulai fasa mencari pemain serta mahu meletakkan beberapa pemain senior dalam pasukan utama.

Untuk rekod, ada empat pasukan pembangunan yang mengambil bahagian dalam Liga Malaysia musim 2020 iaitu Selangor II Perak II, Johor Darul Ta’zim II dan Terengganu FC II.

Sumber : Vocketfc