Hariss Harun akhirnya

Ketua pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Hariss Harun gembira impiannya untuk mendakap kesemua piala domestik dalam saingan Liga Malaysia akhirnya tercapai menerusi kejayaan menjulang Piala Malaysia 2019 pada Sabtu.

Ini adalah kali pertama Hariss Harun memenangi Piala Malaysia meskipun telah bersama Harimau Selatan sejak 2015 dan telah menjulang semua kejuaraan lain termasuk Piala AFC. Ketika JDT muncul juara pada 2017, Harris tidak bersama pasukan kerana dia dipinjamkan ke Home United dan hanya kembali pada 2018.

Pemain kelahiran Singapura itu menyifatkan ia pencapaian yang cukup membanggakan dan akan tersemat dalan memori.

Walaubagaimanapun, Harris Harun menganggap kejayaan yang dicapai ini perlulah menjadi penanda aras baru untuk pasukan menambahbaik kualiti yang sudah ada dengan gaya permainan yang lebih mantap untuk beraksi di tahap yang tertinggi.

“Sudah pasti ini adalah kenangan dan memori yang cukup membanggakan untuk saya dan satu pasukan JDT apabila kita berjaya mencipta sejarah bagi menutup musim 2019 dengan penuh bergaya.

“Saya juga berjaya melengkapkan koleksi kejuaraan saya dalam saingan Liga Malaysia dan tidak akan lupa kejayaan yang telah capai pada malam ini.

“Namun, kami satu pasukan perlu meneruskan usaha dan kerja keras setiap tahun kerana JDT sentiasa bercita-cita tinggi untuk kekal berada di atas,” jelasnya.

Mengulas mengenai kemenangan 3-0 ke atas Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harris Harun tidak menganggap ia adalah perlawanan yang mudah meskipun keputusan perlawanan memberi gambaran sedemikian.

Menurutnya, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak tetap memberi tentangan sen git pada awal perlawanan dan beberapa kali cuba mengganggu rentak pasukan sebelum akhirnya Kedah dib0losi tiga jaringan.

“Bagi saya, ia merupakan perlawanan yang sengit dan setiap kali kami bertemu Kedah, semua pemain terpaksa bergelut untuk mendapatkan gol.

“Kita boleh lihat bagaimana Kedah bermain dengan bagus pada awal permainan dan pergerakan kami juga terganggu setiap kali JDT cuba mengasak.

“Tapi disebabkan fokus satu pasukan sepanjang perlawanan menyebabkan kami berjaya kekalkan corak permainan yang sepatutnya dan ianya berjaya untuk kami julang Piala Malaysia malam ini”, katanya.

Ini merupakan kejuaraan Piala Malaysia yang kedua buat pasukan JDT selepas kali pertama menjulang trofi tertua di Asia Tenggara itu pada tahun 2017 apabila menewaskan lawan sama dengan kemenangan 2-0.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.