Harimau Malaya dapat undian mudah

KUALA LUMPUR 17 April – Malaysia dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk melepasi Pusingan 1, Kelayalan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila diundi bertemu pasukan kerdil Asia Tenggara, Timor Leste.

Harimau Malaya  turun pada Hari Raya dalam aksi pertama di laman sendiri, 6 Jun sebelum bertandang ke tempat lawan pada 11 Jun.

Dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia menghuni tangga ke-168 manakala Timor Leste berada di tempat 195 dunia.

Undian diadakan di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *