Harga RON95, RON97, Diesel Turun Lagi

HARGA runcit petrol RON95 turun 7 sen seliter manakala RON97 turun 9 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 20 Mac 2020.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95 dan RON97 bagi tempoh itu masing-masing ialah RM1.82 seliter dan RM2.10 seliter.

Kementerian itu turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak 9 sen seliter kepada RM1.87 seliter.