Hanya Setaraf Pemain Simpanan JDT

KUALA LUMPUR: Pemain simpanan Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu membarisi kesebelasan utama pasukan lain dalam Liga Malaysia (Liga M)!

Itu diakui pengkr!tik bola sepak, Serbegeth Singh yang memberi gambaran betapa skuad JDT itu sememangnya memiliki kualiti yang tiada tandingan sekali gus menjadi bukti kepada penguasaan pasukan itu dalam kancah bola sepak tempatan.

Dengan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut turut sudah berada dalam tangan, Serbegeth yang lebih mesra dipanggil Shebby itu menjangkakan dominasi total JDT akan berterusan untuk musim-musim yang akan datang.

Kalau kita ambil kira kemampuan pemain tempatan, mereka sudah ada pemain terbaik dan pemain kedua terbaik di setiap posisi dan kualiti inilah menjadi antara penyumbang terbesar membantu perkembangan dan kejayaan mereka meraih trofi demi trofi.

Saya melihat dengan himpunan kelompok bintang ini, persaingan yang begitu hebat pasti disaksikan pada setiap sesi latihan kerana masing masing perlu membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik untuk diturunkan dalam perlawanan.

Tidak ada penumpang dalam pasukan itu kerana semuanya berusaha memberikan komitmen sepenuhnya. Pemain simpanan mereka pun ada kualiti dan pasti diturunkan dalam kesebelasan utama kalau bersama pasukan lain.

Dengan kualiti sebegini ditambah faktor lain seperti pengurusan yang baik, kecintaan dan cita- cita besar yang ditunjukkan pemilik pasukan, mereka pasti akan terus menguasai saingan domestik, katanya.

Terdahulu, skuad Benjamin Mora itu layak bergelar Maharaja Liga Super selepas mencipta rekod memenangi kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut dan sekali lagi mengulangi pencapaian rekod tanpa kalah dalam semusim seperti yang dilakukan pada 2016.

Malah, mereka turut menyambar semua rekod pada musim ini apabila gah muncul sebagai jentera s3rangan paling berb!sa dan juga pertahanan paling ampuh yang membolehkan mereka muncul pasukan meraih kemenangan terbanyak musim ini.

Mereka berjaya mel3dak 33 gol daripada 11 perlawanan selain hanya dibolosi lapan kali sepanjang musim ini dan menang sembilan perlawanan untuk menghimpun 29 mata.