Hanya Bibi tahu kenapa saya tinggalkan Kelantan – Yusri Che Lah

Yusri Che Lah tidak merasakan dia telah membuat satu keputusan yang sil;ap di dalam menentukan halatuju karier kejurulatihannya apabila memilih membimbing Kuala Lumpur untuk musim 2019.

Sebaik dia mengumumkan meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kuala Lumpur beberapa hari lalu, penyokong-penyokong Kelantan khususnya menyatakan pendapat bahawa nasibnya mungkin berbeza jika dia kekal bersama pasukan itu apatah lagi telah ditawarkan kontrak baru oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Yusri Che Lah ga;gal mengekalkan Kelantan di Liga Super namun berjaya membawa pasukan itu ke suku akhir Piala Malaysia, dan meskipun telah menyatakan persetujuan lisan untuk menyambung kontrak bersama KAFA, dia kemudiannya menukar haluan menyertai skuad warga kota.

Namun keg@galan mengubah nasib Kuala Lumpur yang tewas kesemua lima perlawanan, menyaksikannya mengundur diri dengan rela hati.

“Ia bukan keputusan mudah, ramai yang meminta saya kekal tetapi saya fikir iu adalah keputusan terbaik. Ada juga yang berkata saya tersalah langkah kerana meninggalkan Kelantan dan menyertai KL tapi sekali lagi saya katakan keputusan itu juga adalah yang terbaik saya lakukan.

“Hanya saya dan Presiden KAFA (Bibi Ramjani Ilias Khan) tahu sebab sebenar saya mening;galkan Kelantan,” jelas Yusri tanpa menghuraikannya lebih lanjut.

Mengenai halatuju masa depannya, Yusri Che Lah berkata, “Saya belum putuskan apa langkah seterusnya tetapi kini saya dah balik Perlis. Saya sendiri belum pasti apa nak buat selepas ini.

“Jika ada pasukan yang berminat, saya akan teruskan kerjaya sebagai jurulatih. Walaupun jodoh saya tidak panjang bersama KL, namun tidak bermakna saya sudah pat@h hati untuk meneruskan karier dalam bola sepak,” katanya.

Sebagai rekod,  Yusri Che Lah yang juga bekas pemain kebangsaan memulakan karier kejurulatihannya bersama Perlis pada 2015 di mana dia berjaya membawa pasukan itu layak ke Liga Premier menerusi kejayaan mara ke final Piala FAM.

Pada 2016 dia bersama Felcra FC namun khidmatnya kemudian ditam@tkan kerana prestasi buruk sebelum dia menyertai Kelantan sebagai penolong jurulatih kepada Sathit Bensoh dan Fajr Ibrahim pada 2018.

Setelah Fajr mel@rikan diri,  Yusri Che Lah memangku tanggungjawab sebagai jurulatih sehingga akhir musim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *