Mendedahkan Tiga Pasukan

Sepanjang tempoh penangguhan Liga Malaysia akibat wabak COVID-19, hanya tiga pasukan berstatus kelab yang tidak berdepan masa lah kewangan yang ketara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan Kelab Profesional Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed mendedahkan tiga pasukan tersebut adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Petaling Jaya City (PJ City) dan Sarawak United.

Katanya, ketiga-tiga kelab itu langsung tidak berdepan masalah pembayaran gaji kerana ia dimiliki pemilik dalam kalangan ahli perniagaan dan tokoh korporat berjaya.

Katanya lagi, meskipun ada beberapa pasukan telah menukar status kelab seperti Terengganu FC dan Melaka United, mereka masih bergan tung kepada dana kerajaan negeri.

Ia bertentangan dengan beberapa pasukan yang bergan tung kepada dana kerajaan negeri yang berdepan dengan pelbagai masa lah kewangan termasuk tunggakan gaji pemain.

“Apabila berlaku COVID-19, baru kita nampak,” katanya kepada Arena Metro.

“Contohnya baru-baru ini isu pasukan Kedah sangkut gaji disebabkan penaja lambat bayar dan dana kerajaan negeri yang beri keutamaan dahulu kepada rakyat.

“Tapi bila ada pemegang saham atau pemilik sesebuah pasukan, tahulah mereka macam mana nak buat bagi menangani masalah ini. Pemilik kelab boleh datang daripada individu korporat yang memang mencintai bola dan ada duit.

Kata Firdaus, pemilik sesebuah pasukan bertaraf kelab akan memastikan pasukannya memiliki kewangan yang kukuh serta menjaga kebajikan pemain dan kakitangannya.

“Pemilik kelab tidak semestinya seorang atau dua, ia boleh sampai lapan orang yang bergerak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab. Di situ, mereka boleh membantu antara satu sama lain. Inilah yang seharusnya FA fikirkan dan bantu segera mencari pemilik pasukan.”

Tahun lepas, FAM menubuhkan Jawatankuasa Pelesenan Kelab Profesional untuk memastikan semua pasukan Liga Malaysia mempunyai sebuah organisasi kelab berlesen bagi menjalankan aktiviti secara berasingan daripada FA bermula 2021.

Namun tempoh akhir bagi semua FA mendaftarkan pasukan sebagai FC pada September ini, dilanjutkan sehingga ke tahun hadapan.

“Saya yakin kalau kita dapat menterjemahkan FA kepada FC ini, banyak kebaikan kepada pemain-pemain,” kata Firdaus.

“Malah, saya percaya menerusi sesi penerangan dan taklimat diberikan kepada semua FA sebelum ini, kita mampu mencapai objektif dengan sasaran 2022 semua pasukan liga tempatan diswastakan.”