Hantaran pemain RM384 juta ‘ke laut’

LONDON: Kai Havertz menjadi mangsa sindiran atau ‘troll’ penyokong lawan ketika dia membuat penampilan pertama bersama Chelsea yang menewaskan Brighton 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Peny3rang bernilai 72 juta pound (RM384 juta) itu yang hanya sempat menjalani latihan selama 10 hari bersama rakan sepasukan baharunya diberi kepercayaan berada dalam kesebelasan utama The Blues.

Pemain berusia 21 tahun itu disenaraikan bersama seorang lagi muka baharu, Timo Werner.

Bagaimanapun, Werner lebih menyerlah berbanding Havertz yang dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri.

Dan salah satu tindakan ‘bodoh’ yang dilakukannya adalah menerusi hantarannya yang menyaksikan bola terus keluar dari padang sehingga menjadi bahan sindiran di media sosial.

Ketika Chelsea mendahului 1-0, bekas pemain Bayer Leverkusen itu cuba menukar corak permainan tetapi hantarannya lintangnya terkeluar dan memberikan lontaran ke dalam kepada lawan.

Penyokong lawan terus menjadikan ia sebagai ‘modal’ untuk menyindir pemain berkenaan di Twitter dengan salah seorang antaranya berkata: “Berapa harga pemain ini?

Seorang lagi berkata: “Daripada bermain seperti Ozil, Havertz menjadi pemain yang buat hantaran kepada Ozil.”

Bagaimanapun, pengurus Chelsea, Frank Lampard mempertahankan pemain itu dan percaya banyak lagi yang akan dibuktikan bintang baharunya itu. – Agensi