Haniff Khatri tiada kaitan dengan Dr Mahathir

SHAH ALAM – Keputusan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla untuk mengendalikan kes s@man yang difailkan oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berhubung pengam punan penuh diberikan terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah atas pilihan beliau sendiri.

Pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan berkata, walaupun Mohamed Haniff telah mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam beberapa kes tertentu sejak 2015, namun keputusan beliau menjadi peguam dalam kes berkenaan tidak ada kaitan dengan Dr Mahathir.

“Buat masa ini terdapat beberapa k3s yang masih dalam kendalian beliau. Kes-kes yang dikendalikan olehnya adalah atas keputusan dan pilihan beliau sendiri.

“Ini termasuklah kes saman difailkan oleh Mohd Khairul berhubung pengampunan penuh diberikan terhadap Anwar. Kes tersebut dan keputusan Mohamed Haniff untuk menjadi peguam dalam kes tersebut tidak ada kena mengena dengan Dr Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan memberikan nasihat salah kepada Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan pengampunan penuh terhadap Anwar yang dipenjarakan atas kesalahan mel!wat bekas pembantu peribadinya.

Mohamed Haniff yang mewakili Mohd Khairul Azam selaku plantif berkata, komposisi Lembaga Pengampunan juga tidak teratur ketika itu, maka nasihat diberikan oleh lembaga itu kepada Yang di-Pertuan Agong tidak sah.

Mengulas lanjut beliau berkata, pengampunan hanya boleh diberikan kepada pesalah bertujuan untuk menamatkan atau menggantung sesuatu hukuman dan bukannya membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.


Sumber :https://www.sinarharian.com.my/article/97063/BERITA/Nasional/Kes-pengampunan-Anwar-Haniff-Khatri-tiada-kaitan-dengan-Dr-Mahathir