Hafizul Terima tawaran lumayan

Penjaga gol utama Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy belum buat keputusan tentang masa depannya bersama pasukan itu bagi menghadapi  kempen Liga Super 2021.

Walaupun Perak dikatakan akan mengekalkan khidmat pemain itu tetapi Khairul Nizam juga difahamkan menerima tawaran lumayan dari  pasukan lain.

Tanpa mahu mendedahkan identiti pasukan berkenaan, Hafizul mengakui tersepit antara kesetiaan kepada pasukan negeri asalnya dengan kerjaya sebagai pemain profesional.

Memang ada tawaran dari pasukan lain. Setakat ini belum ada kepastian ke mana haluan saya.

Tengoklah nanti macam mana, kata Hafizul ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Hafizul, 27, bagaimanapun mengakui sudah mengadakan perbincangan dengan pengurusan pasukan Perak tetapi belum membuat keputusan muktamad.

Kontrak saya tamat hujung bulan ini. Setakat ini tiada sebarang keputusan, tengoklah macam mana nanti, kata Hafizul.

Bekas penjaga gol kebangsaan itu yang menjalani pembedahan lutut kiri  Mac lalu, berjaya merebut kembali kedudukannya sebagai penjaga gol utama pasukan The Bos Gaurvs.

Pemain itu kec3wa berikutan pembatalan Piala Malaysia 2020 , yang sekali gus menutup ruang pasukan membvru slot dalam Piala AFC.

Cuba lagi tahun hadapan tetapi tidak tahulah dengan pasukan mana, kata pemain itu seolah-olah memberi petanda kemungkinan dia akan berhijrah musim 2021 nanti.

Hafizul sebelum ini dikaitkan dengan pasukan Lembah Klang, Petaling Jaya (PJ) City FC.