Gol Voli Kipre Mendapat Sambutan Hangat

KUALA LUMPUR: Jaringan penyrang Kedah, Tchetche Kipre ketika menentang FELDA United mencvri perhatian dan hangat diperkatakan penyokong bola sepak tempatan di laman media sosial.

Gol terbabit dilakukan Kipre selepas menyambut hantaran lintang Shakir Hamzah pada minit ke-47 dengan penyrang Ivory Coast itu mel3dak k3ncang dengan voli menerusi kaki kanannya.

R3mbatan deras itu gagal ditepis penjaga gol The Fighters, Muhd Muhaiman Ahmad sekali gus membolehkan skuad Lang Merah mengikat kedudukan selepas ketinggalan 1-0 pada babak pertama.

Jaringan penyamaan itu jelas memberikan motivasi kepada anak buah Aidil Sharin Sahak, yang kemudiannya berjaya mel3dak gol kemenangan menerusi sentuhan bekas pemain FELDA United, Hadin Azman pada minit ke-66.

Gol voli Kipre itu mendapat sambutan hangat daripada pelayar media sosial yang rata-ratanya takjub dengan jaringan cantik yang disifatkan berkelas dunia itu.

Ada yang menyamakan voli itu mirip dengan jaringan yang dilakukan penyrang Manchester United, Robin van Persie yang menyambut hantaran Wayne Rooney ketika aksi menentang Aston Villa pada 2013.

Selain itu, ada juga penyokong yang menyatakan jaringan terbabit juga persis gol yang pernah dihasilkan peny3rang Roma, Edin Dzeko ketika bertemu Chelsea pada aksi Liga Juara-Juara musim 2017.

Tidak kurang juga ada yang memanggil Kipre sebagai ‘Van Persie Berkaki Kanan’ susulan voli terbabit dihasilkan menggunakan kaki kanannya selain ada yang mahu gol terbabit dinobatkan sebagai Jaringan Terbaik Musim Ini.

Klip jaringan terbabit boleh disaksikan menerusi akaun Twitter MFL Live yang setakat ini mendapat lebih 200 ulang kicau dan lebih 300 tanda suka.