Gol Mane ‘tidak masuk akal’

MUNICH: Sadio Mane menampilkan skil ‘tidak masuk ak@l’ ketika mel3dak gol pertama Liverpool yang men3w;askan Bayern Munich 3-1 dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi tadi, kata rakan sepasukannya, James Milner.

Selepas menyambut baik bola hantaran jauh Virgil van Dijk dengan kawalan yang menakjubkan, Mane kemudian bijak memperdaya Rafinha dan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer sebelum melakukan kuisan tinggi yang g@gal dihalang Mats Hummels dan Niklas Suele untuk mem;cah kebuntuan.

Pemain antarabangsa Senegal itu turut menjaringkan gol ketiga Liverpool menerusi tandukan yang menjadi gol ke-19 miliknya dalam semua kejohanan buat Reds musim ini.

“Sadio sedang membara. Gol yang pertama benar-benar tidak masuk ak@l, bagaimana dia menam@tkannya, ketenangan dan juga penyudah,” kata Milner. “Harapnya ia akan berterusan sepanjang musim.”

Ketika pen;y3rang utama Mohamed Salah tampak berg3lut untuk mengulangi prestasinya di depan gawang seperti musim lalu, persembahan yang ditampilkan Mane tampil sebagai peny3lamat.

Kemenangan di gelanggang Bayern, Allianz Arena menyaksikan Liverpool menyertai Manchester City, Manchester United dan Tottenham Hotspur bagi aksi di suku akhir, kali pertama sejak 2009 di mana empat kelab Inggeris mara ke pusingan lapan terbaik.

“Saya fikir ia persembahan yang baik di gelanggang lawan di pentas Eropah melawan pasukan yang baik,” kata Milner. “Ia tidak mudah, mereka sudah biasa berada di puncak. Kami tidak menampilkan persembahan terbaik tetapi apa yang utama adalah keputusan.

“Kami bertahan dengan baik, tidak memberikan mereka banyak ruang dan tiga pemain di bahagian depan (Mane, Salah dan Roberto Firmino) sekali lagi beraksi dengan cemerlang.” – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *