Gerg@si Merah Lebur Rekod Bersih TRW

Hajat tuan rumah, Kelantan, meneruskan rekod bersih sepanjang aksi pramusim lebur apabila tumbang 2-0 di tangan Selangor dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.

The Red Warriors (TRW) memulakan permainan dengan peny3rang import, Felix Chidi Odili, yang menerima umpanan kapten, Nik Akif Syahiran Nik Mat, hampir menjaringkan gol pendahuluan, namun sepakan kencang dalam kawasan penalti Selangor tersasar pada minit ketujuh.

Selangor mengatur gerakan lebih tersusun dan pemain import, Sandro Da Silva Mendonca, berjaya melepaskan rembatan kencang tetapi terus ke dakapan Mohamad Faredzuean Kamaruddin pada minit ke-24.

Bersambung babak kedua, Muhammad Safuwan Baharudin merembat kencang menewaskan Faridzuean untuk gol pembukaan pelawat pada minit ke-50 selepas menerima bola daripada sepakan percuma Sandro.

Pengendali TRW, Yusri Che Lah, memasukkan peny3rang import ujian kelahiran Liberia, Christopher Jackson, dan mengeluarkan Odili untuk menguatkan jentera ser@ngan bagi memburu gol penyamaan pada minit ke-60.

Bagaimanapun, kelekaan benteng tuan rumah membawa padah apabila sepakan sudut Sandro dirembat kencang pertahanan import, Taylor Regan, untuk gol kedua Gergasi Merah pada minit ke-63.

Jentera ser@ngan TRW menggandakan asakan mencari gol sagu hati, malangnya setiap percubaan berjaya dihalang penjaga gol kebangsaan, Khairulazhan Khalid.

KELANTAN 0 SELANGOR 2