Gelanggang keramat JDT dicalonkan

Kuala Lumpur: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas berada dalam kedudukan tersendiri dan jauh meninggalkan pesaing lain termasuklah membabitkan Stadium Sultan Ibrahim yang turut tercalon sebagai ‘Stadium Of The Year’.

Bukan satu yang mudah untuk tersenarai sebagai calon StadiumDB.com apabila dilihat Stadium Sultan Ibrahim ada venue pertama di negara ini yang tersenarai di laman web berpangkalan di Poland itu.

Menerusi kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers orang ramai boleh mengundi stadium yang berpengkalan di selatan tanah air itu menerusi http://stadiumdb.com/competitions/stadium_of_the_year_2020.

Mengikut rekod Stadium Sultan Ibrahim dibuka secara rasmi pada 22 Februari tahun lalu sekali gus menjadi venue rasmi kepada pasukan JDT.

Dinamakan Stadium Sultan Ibrahim, upacara pecah tanah dilakukan pada Januari 2016, namun pembinaannya ditangguhkan beberapa bulan susulan pelarasan yang dibuat oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenaan lokasi stadium, aspek teknikal dan reka bentuk.

Dibina dengan kos RM200 juta di Iskandar Puteri, stadium ini akan menjadi home buat Harimau Selatan, menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Selain memuatkan kapasiti penonton seramai 40,000, stadium yang dibina di atas tanah berkeluasan 28.3 hektar ini juga sebahagian dari Bandar Sukan JDT yang menempatkan hotel, pangsapuri, pusat membeli-belah, padang ragbi, gelanggang tenis dan beberapa fasiliti sukan moden.

Warna rasmi pasukan iaitu merah, biru dan putih dijangka menghiasi keseluruhan lokasi stadium dan akan dipancarkan menerusi lampu-lampu LED yang dipasang di luar dan dalam stadium.